Sunday, May 16, 2010

Amy seorang penyanyi Tanah Air yang minat dalam bidang Nyanyian sejak umur nya 10 tahun lagi hingga sekarang, datang kestudio ini bersama kakak beliau bagi membuat cd minus one dari karaoke vcd,
selesai editing, Pihak HSY Production mengucapkan berbanyak Terima kasih kepada beliau kerana sudi menyumbangkan suara yang merdu beliau dangan satu lagu karaoke bertajuk "musalmah cinta" dari Datin siti Nurhaliza, yang akan beliau performkan akan datang

Saturday, May 15, 2010

Kumpulan Weird


PERMULAAN

Kumpulan  WeiRD di asaskan pada Januari 2008 setelah persetujuan oleh dua pemusik sambilan yang juga bekas pemain sebuah kumpulan musik PRESTASI yang bergiat pada awal tahun 90an.. Amran, pemain gitar dan Md Azzalie (Payus), pemain drums sepakat untuk bergiat aktif semula setelah lebih 10 tahun menyepikan diri dari dunia musik tanahair..


Sejarah

Kumpulan PRESTASI di anggotai oleh sekumpulan penuntut maktab teknik di Kuala Belait; Hj Wan Jofri (Allahyarham) – vocal, Md Azzalie – drums, Md Eruhan (Wan) – gitar bass dan Amran - gitar utama.. Kesemua anggota kebetulan memulakan pengajian teknikal pada tahun yang sama dan lebih unik lagi tinggal di bilik asrama yang sama.. Di asaskan oleh Pg. Omar, seorang pemusik veteran yang juga seorang penggiat seni-musik di era 60an, yang menetap di Kg Mumong Kuala Belait..

PRESTASI aktif pada awal tahun 90an yang sekali-sekala bergabung dengan sebuah lagi kumpulan berpusat di BSB yang lebih ‘establish’, kumpulan DISCHARGE sebelum akhirnya terhenti pada pertengahan 90an.. Membawakan lagu-lagu berbagai irama dari slowrock, poprock hingga hardrock, terutama lagu-lagu nyanyian kumpulan-kumpulan rock yang terkenal pada masa itu..

Di bawah nama PRESTASI, kumpulan ini sempat mengisi satu ruangan hiburan radio terbitan RTB (Bingkisan Dari Belait Terbitan Harun Al-Rashid Moslam) pada tahun 1991 dengan mempersembahkan sepuluh (10) lagu yang di rakam di studio RTB di Kuala Belait..

Walau bagaimanapun sejak tidak bersama lagi dalam kumpulan PRESTASI, Payus terus bergiat bersama beberapa kumpulan musik di sekitar BSB termasuk kumpulan DISCHARGE, sama ada sebagai pemain tetap dan pemain undangan.. Wan meneruskan karier musik sehingga kini setelah sejak pertengahan tahun 90an terus menyertai pasukan pencaragam PDB..

DEFINASI

WeiRD pada bahasa bermaksud suatu perkara di luar kebiasaan atau perkara yang ganjil.. WeiRD di pilih untuk di jadikan nama kumpulan ini tidaklah ada kaitan secara langsung.. Namun pengasas kumpulan secara spontan terlintas untuk menggunakan WeiRD mengharapkan sesuatu keajaiban akan terjadi sehingga kumpulan ini mencapai matlamat yang di impikan..
ERA BARU

Kumpulan WeiRD setelah penubuhan pada Januari 2008 memerlukan ahli baru bagi merealisasikan kewujudannya.. Maka Hj Md Azman (Zi Man) di serapkan sebagai pemain gitar kedua sejak awal penubuhan WeiRD.. Untuk melengkapkan WeiRD sebagai kumpulan musik, Abd Hadi (gitar bass) dan Win (vocal) di pelawa untuk menjadi anggota pelengkap WeiRD..

Walaupun kurang pendedahan, kehadiran anggota-anggota baru ini memberi satu nafas baru dan harapan WeiRD untuk terus bergiat di bidang musik.. Kurang pendedahan tidak bermakna tiada kemampuan, dalam ertikata lain, anggota-anggota baru juga pernah mempersembahkan kemampuan masing-masing sebelum bersama WeiRD..

Setelah beberapa bulan menjalani latihan, WeiRD menambah seorang lagi ahli Hj Zamadi (G-Mady - vocal) bagi memantapkan mutu persembahan musik yang di bawakan.. Yang terbaru, Rosman turut menyertai WeiRD sebagai penyanyi yang sekaligus meningkatkan mutu persembahan di atas pentas.. Lagu-lagu yang di bawakan banyak dari lagu-lagu era 80an dan 90an mengingatkan kegemilang zaman bermulanya penglibatan anggota kumpulan ini.. Walau bagaimanapun, WeiRD juga memainkan lagu-lagu terkini bagi memenuhi selera peminat musik tanahair khususnya anak-anak remaja..


PERKEMBANGAN (2009)

Setakat ini WeiRD sudah mendapat beberapa undangan bermain dalam beberapa majlis dan sambutan yang di anjurkan oleh pihak persendirian. WeiRD juga sedang  merancang untuk merakamkan lagu-lagu ciptaan sendiri yangmana masih di peringkat mencipta, mengumpul dan menyusun lagu-lagu ciptaan kumpulan WeiRD sendiri..

WeiRD kini semakin mendapat keyakinan untuk terus berkembang di dalam arena musik tanahair dan berharap akan dapat sama-sama mengembangmajukan industri musik tanahair khususnya..

Semoga apa yang di citakan dan di usahakan akan mendapat hasil dan faedah di dalam mempelbagaikan dan mewarnakan lagi industri musik di Negara Brunei Darussalam..






WeiRD

Md Azzalie (Payus) – Drums
Amran – Guitars & Vocals
Hj Azman (Zi Man) – Guitars
Md Eruhan (Wan) – Bass

Special Members
Abd Hadi – Bass
Win – Vocals
G-Mady – Vocals
Rosman - vocals



‘Adding More Color to Music Creation’

Tuesday, May 11, 2010

Armi, Lagu Nasihat :" Allah Bersamamu"















Dalam Studio Rakaman
Rafiz melatih kan lagu terbaru ciptaan Armi seorang komposer tanah air yang banyak mempunyai ciptaan lagu yang berunsur kan Nasihat.

Di samping itu c Maxx pemain Drum import yang ber kaliber tinggi menghayati,  insert insert Drum dan Rolling yang terbaik bagi lagu Daakwah "Allah Bersamamu" ciptaan Armi...

Saturday, May 1, 2010

Jaya: bermain Bass untuk lagu YURA tiada Ruang

Pada masa ni YURA tidak dapat datang awal kerana beliau telah diundang untuk menghakimkan suatu pertandingan Lagu Daakwah di KB,
YURA kira-kira hadir jam 17:30 itu pun mengikut cerita beliau, dia terpaksa meninggal kan majlis tersebut disebabkan beliau dihendaki menyampai kan hadiah saguhati para perserta,.dengan tidak membuang masa demi Lagu "Tiada Ruang" beliau ini, dia sanggup mengubah aturcara majlis menjadi kan penyampaian saguhati menjadi awal sebelum penerima pemenang pemenang dan Johan.. selesai saja penyampaian saguhati beliau terus Zooooom ke Studio ini . hahahh(Bandar)